Tuesday, February 22, 2011

not so bad

bismillahirrahmanirrahim..

berapa ramai di antara kita yang mula dari form 1 sudah berasrama? kalau saya tengok senario sekarang..sepupu2 kecil saya ramai tidak suka berasrama. kenapa ye? mungkinkah qualiti pelajar asrama sekarang makin merosot? atau mungkinkah mereka tidak suka terikat dengan peraturan asrama? bagi saya, tinggal di asrama lah membuatkan mereka tahu toleransi sesama sahabat, masa dipenuhi dengan program bermanfaat, berdikari lagi2 dalam hal pengurusan diri, dan macam2 lagi lah. ok, tu hal fasal asrama lah.. letak ketepi dulu ok.

jadi hubungan mereka yg duk rumah ni dgn keluarga tu sentiasa rapat. tapi lau macam saya, lame duk asrama, sampai grad still fully live in campus. tapi tak ke berjauhan kdg membuak kn rase rindu? cewah!

ok then, bila lagi kita nak berbakti pada ibu ayah tercinta? bukan la saya katakan langsung tak sempat menolong mereka tapi memang realiti lah bila budak asrama balik rumah apa yg dia buat? qada' tidur!!! haha, kn? (mungkin tak la bagi kamu.. :p)

tula.. bila difkir-fikir.. ada jugak hikmahnya tak dapat keja lagi.. uhu.. memang agak busan duduk je kat rumah and asyik ikut je bontot mak ayah, rasa macam anak tunggal pulak. tapi alhamdulillah ada jugak keja2 partime, xde la buntu sangat. utk orang yg sering terkejar2 masa sebelum ni, tibe terus banyak gilaaa masa terbuang. how to handle it?

tidur. tidur. dan tidur?? oh no.. be fat la you.. :p jom ikuti perkembangan saya melalui masa lapang ni..


cam korangla.. blogwalking, bloghopping, blogshopping. ehe, byk cuci mata.. XD
Part time Qmath
tidur. memang terapi terbaiklah!

gaya cam pro. :p

design tu.. design ni..

tapi paling best.. of course, spend time with my mum+dad! luv u lah! ^^ korang plak mcamana?

Monday, February 21, 2011

photoshoot #1


ikatan 2 hati
"Hafizah & Ahmad"
25 Disember 2010 | Rantau Panjang, Selangor

alhamdulillah ni job pertama saya.. mula-mula tak rasa nak wat business ni, cause it needs details and creative yet sharp and must be particular even small2 things. tapi terbuka peluang bila hafizah a.k.a apis mintak tolong shoot di hari pernikahan mereka.. lets share their sweet moments! ^^,










note: thanks apis! dan terima kasih juga pada semua sahabat2 lain yg turut sama support me during that day ^^

Thursday, February 10, 2011

sejauh mana kelajuan kamu menaip?

ha hari ni best, tengah blogwalking terbaca entri ni. saja nak kongsi dengan korang.. ^^

"Dengan speed test kamu boleh uji kelajuan menaip kamu. Tentunya kamu tidak akan mendapat 100% keputusan yang tepat, tetapi sekurang-kurangnya terdapat petunjuk disitu. Cubalah berulang kali, dan semakin kamu bertambah laju, adalah kerana, perkataan yang kamu perlu menaip, ialah perkataan yang sering digunakan dalam bahasa Melayu. Semakin laju kamu menaip perkataan tersebut, semakin pantas kamu menaip teks-teks yang lain. Selepas penilaian tersebut kamu boleh rangkumkan keputusan kamu dalam blog atau dimana saja, jadi kawan kamu boleh melihat keupayaan kamu menaip. 

Jika kamu masih belum puas dengan keputusannya, kamu boleh mencuba lagi dari masa ke masa. Jika kamu masih tidak biasa dengan sistem sentuhan menaip, kamu digalakkan untuk mempelajarinya dahulu. Oleh itu, kamu tak perlu lagi melihat papan kekunci semasa menaip dan mudah untuk kamu mencapai kelajuan 70 patah perkataan seminit.


jom test ur speedness in typing ! 


*thank you http://clockup555.blogspot.com for sharing!

nafas baru

baru atau baharu? 'baru' tu selalu rujuk kepada k.nama:
cthnya

#1: Saya baru sahaja pulang dari tempat kerja.
#2: Baru-baru ini saya dapati ramai remaja yang telalu
      asyik dengan kegiatan luar sehingga mereka terlupa
      tanggungjawab pada keluarga.

Manakala 'baharu' rujuk kepada k.adjektif atau kata lainnya
k.sifat. cthnya

#1: Hari ini ibu memakai baju baharu.
#2: Buku baharu ini dibeli di MPH semalam.

macam dah jadi guru bahasa plak saya. ni sekadar pengetahuan tambahan sewaktu belaja BM dulu. hehe betulkan kalau ada yang tersalah ^^


************

bismillahirrahmanirrahim.. mesti korang tertanya-tanya kan apa plak nafas baru ini. seperti yang korang semua tahu sahabat handai, sedara mara yang berada di Mesir rata-rata ramai yang dah pulang dengan selamatnya.. bagi mereka ni nafas baru.. bagai diberi kehidupan baharu yang jauh lebih aman.




apa yang merisaukan, apa langkah seterusnya?

si A kata: penuhi masa lapang dengan aktiviti kemasyarakatan
B pulak jawab: apa kata cari kerja dan kumpul duit untuk
                        sambung belajar di sana semula bila keadaan
                        semakin tenang.
C kata: kalau boleh nak transfer credit dan sambung blaja
            di Universiti tempatan yang tidak kurang hebat.
D menjawab: rehat dulu la, selepas seminggu  nanti barula
                     filirkan.

apa pula pendapat korang semua? bagi saya, ini semua terpulang pada keadaan dan situasi masing-masing. mungkin dia pelajar tahun akhir, dia mungkin memilih C, tapi kalau dia masih setahun jagung di sana, kemungkinan besar dia pilih A atau B. Manakala kalau tempat dia memang di tengah2 bandar Cairo yang diserang, mungkin dia memilih jalan D agar fikiran die berasa tenang dan aman seketika dan barulah dapat fikirkan solusi.

Wallahua'lam..

Monday, February 7, 2011

Azam. Impian perlu lebih hebat.


Hari ni masuk bulan kedua dalam tahun 2011. Awal tahun ni korang semua pasang azam tak? Selalunya bila tahun baru, rata-rata orang suka letak azam kan? Sehebat mana azam kamu? Malam tadi saya terdengar azam sahabat saya. Saya rasa azam saya dah cukup hebat. Tapi bila azamnya lagi tercabar saya. Dia mahu…

* menjadi penyumbang zakat terbanyak di negeri Johor
* memiliki sekurang-kurangnya 1,000 hektar tanah
* pelihara 10,000 ternakan
etc

spontan saya kata: ‘ada lagi ke tanah seluas tu?’ dia menjawab: ‘jangan menafikan rezeki Allah..’ dalam hati saya terdetik: ‘hebat sungguh kepercayaan padaNya.’ Terpana saya seketika. Selalunya kalau tanya orang lain, mereka kata, nak jadi orang berjaya, nak capai anugerah dekan, nak miliki kereta BMW X6. Azam mestilah SMART!

                             S= specific
                             M= measurable
                             A= attainable
                             R= relevant
                             T= time

Jadi? Masih tak terlambat untuk korang melakar impian luar biasa. Jangan tunggu lagi, renew your 2011 resolutions! ^^,

Sunday, February 6, 2011

Pahat. pernah rasa?

menu malam harituh:
*nasi (untuk 4 orang)
*ikan siakap (yang agak besarnya utk 4 org mkn)
*ala-ala
*pahat (wink wink. penah dengar ke? :p)
*telur dadar (untuk 2 orang)
*kailan ikan masin (untuk 2 orang)

ni kali kedua singgah restoran ini. apa yang syoknya, kami mencuba pahat. apa itu pahat? saiz dye agak kurus tapi panjang-panjang. isinya macam ala-ala atau kepah. lebey kurang rasanya.



mulanya memang kami tak kenal dan tak pernah rasa pun. akak tu yang syorkan. apa lagi, nyum2! kami cuba lah! pahat di masak sambal.. memang masyuk.. tak rugi la siapa yang rasa.

Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood
Teluk Kemang Square
Batu 7 Jalan Pantai
Teluk Kemang, PD
N9
06-6625503


*kalau nak tau lebih lanjut pasal pahat dan cara memasaknya boley la klik sini! selamat mecuba! ^^

Wednesday, February 2, 2011

dapatkan perkembangan PELAN TINDAKAN EVAKUASI segera

mari doakan keselamatan ahli keluarga, sahabat-sahabat dan kesemua rakyat Malaysia di Mesir. dapat info lebih terperinci dengan kadar segera di http://jpmk.info/

Moga segalanya berjalan lancar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...