Monday, February 7, 2011

Azam. Impian perlu lebih hebat.


Hari ni masuk bulan kedua dalam tahun 2011. Awal tahun ni korang semua pasang azam tak? Selalunya bila tahun baru, rata-rata orang suka letak azam kan? Sehebat mana azam kamu? Malam tadi saya terdengar azam sahabat saya. Saya rasa azam saya dah cukup hebat. Tapi bila azamnya lagi tercabar saya. Dia mahu…

* menjadi penyumbang zakat terbanyak di negeri Johor
* memiliki sekurang-kurangnya 1,000 hektar tanah
* pelihara 10,000 ternakan
etc

spontan saya kata: ‘ada lagi ke tanah seluas tu?’ dia menjawab: ‘jangan menafikan rezeki Allah..’ dalam hati saya terdetik: ‘hebat sungguh kepercayaan padaNya.’ Terpana saya seketika. Selalunya kalau tanya orang lain, mereka kata, nak jadi orang berjaya, nak capai anugerah dekan, nak miliki kereta BMW X6. Azam mestilah SMART!

                             S= specific
                             M= measurable
                             A= attainable
                             R= relevant
                             T= time

Jadi? Masih tak terlambat untuk korang melakar impian luar biasa. Jangan tunggu lagi, renew your 2011 resolutions! ^^,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...