Monday, November 28, 2011

Story album: Anas & Sakinah

Bismillahirrahmanirrahim..

Kerana tuntutan kerja, sticky album yang first time dilakar ni lambat siap. Maaf sangat-sangat buat pasangan pengantin yang berada jauh di luar negara. Maaf juga hasil yang tak seberapa ini. InsyaAllah ni langkah pertama untuk al usaha lebih di masa akn datang. To both of you, infinite thanks buat korang berdua sudi jemput al untuk merakam hari bahgia. :D

tak lupa jugak million thanks to GENG LUKISAN CAYAHA yang bertungkus lumus menjayakan projek ni. Korang pulak yang terpaksa ganti sebab hari tuh tak dapat mc. Korang memang the best lah! ^^







                                          








Berminat untuk merakam hari bahgia juga? Boleh lah terus PM saya ye,
al




Wednesday, November 23, 2011

10 perkara yang merosakkan otak!

salam semua..

hari ni di tempat keja al tak sibuk lagi. masih lagi ada waktu senggang. jadi dari tak wat pape baik baca majalah  kn.. ini dipetik dari antara majalah terlaris Stormreaders: GenQ. pernah dengar kan.. Q stand for Quran. Generasi Quran.

Antara tajuk yang al minat ialah '10 perkara yang merosakkan otak!' ni lah. pernah tak korang rase otak tu macam lambat sangat nak memikir. Mungkin disebabkan: (please take note :p)

1. Tidak mengambil sarapan pagi
    Kalau nak tahu otak adalah organ yang paling banyak menggunakan tenaga iaitu 25% dari keperluan
    tenaga. Bila tak sarapan, paras gula dalam darah akan jadi rendah dan kurang nutrisi ke otak. nanti
    banyak sel-sel otak akan mati dan korang akan jadi pasif sepanjang hari tu.

2. Terlebih makan
    Ha... terasa la tu :p Bila banyak makan, darah akan lebih banyak mengalir pada perut dan usus dan
    kurang ke otak. tu sebab korang selalu rasa mengantuk, hilang fokus dan malas usai makan kn?

3. Merokok
    Again, bukan hanya pada perokok, yang hidup asap rokok yang lebih bahaya. Asap-asap tu akan bunuh
    banyak sel otak.

4. Mengambil gula berlebihan
    Gula berlebihan boleh menganggu penenyerapan protien dan nutrisi dan boleh ganggu perkebangan otak.

5. Menghidu udara yang tercemar
    Sama aplikasi dengan menghidu asap rokok juga.

6. Tidur yang berlebihan
    Ayah selalu main-main bertanya: " Lepas makan apa??... kitorang jawab: Tidur!!!" hehe. namun tidur yang
    berlebihan boleh melemahkan daya pemikiran seseorang.

7. Tidur dengan menutup muka
    Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup buku atau lengan boleh menyebabkan
    banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas.

8. Kurang berimaginasi
    Berfikir merupakan cara terbaik untuk mengasah otak. kurang imaginasi menyebabkan kecerdasan otak
    menurun.

9. Jarang berfikir
    Sama juga, jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif.

10. Tidak membaca Al-Quran
      Percaya tak dengan membaca quran setiap hari boleh menajamkan fikiran? ini lah salah satu keajaiban
     al-quran. Dengan membaca kalimah-Nya, bukan sahaja mengaktifkan otak, ia juga dapat menenangkan
     fikiran.





Sharpen ur brain!,
al

Tuesday, November 22, 2011

Kisah mereka: Wardina Safiyyah dan Sham Kamikaze


bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah malam ni banyak masa al layan internet.. dah lama rasenya tak review ilmiah things. malam ni banyak al melihat kisah-kisah mereka. mereka sgt kuat. mereka berubah dengan hidayahNya dan kefahaman mereka tentang maksud-maksud ayatNya. Ya Allah.. jangan Kau tarik balik hidayah kepadaku setelah yang kau tunjukkan padaku.. Rabbana La Tuzigh Kulubana Ba'da Izhadaitana Wa Hablana Min Ladunka Rahmah Innaka Antal Wahhab..












Jadikan semalam lebih baik dari hari ini,
al

Monday, November 21, 2011

convert back!

salam to all..

hehe macam ramai sgt je pembaca blog al kn. :p think positive keyh. kalau korang perasan lah, baru berapa minggu al dah tuka balik ke old blog design. bukan hape, langsung tade shoutbox, friendlist and etc. oh noo rase macam isolated from outside world. macam ni sekali rasenya.

so that's why al change back to older view, just background and fonts a bit different.. well.. cili resembles pedas-pedas hidup di dunia ni. bukan lagi asam garam ok. haha :p

oh alhamdulillah, just wanna share.. now im in new refreshing mood. (heal in.. :D ) new environment, new mood. first day, it should be the most syukur day. percayalah rezki Nya sangat luas. jangan kau dustai. now formally al keja di lhdn. sedikit kurang busy macam dulu. di klang shj. sambilan je.. but i think it's moorree better than before. huhu. bkn nk kondem kerja dlu. tapi mungkin sgt ditekan dengan masa sgt ketat. maklumlah kerja dengan sistem. everything must punctual. even ke toilet perlu call 2nd level minta izin. sangat terkejar, solat entah ke mana. uish bukan tak solat langsung, nauzubillah.. waktu solat tu yg entah ke mana.. huhu.. tersangat rase bersalah setiap hari. tapi tak bermakna, al selalu ponteng k. selama keja tempat dulu memang tak penah ponteng ok.. :p

insyaAllah rezki baru ni takkan disia-siakan. Allah.. tersangat syukur... :)




korang macamane plak? lame tak jenguk blog korang..
al


Tuesday, October 25, 2011

hye!

salam semua. fuhh! dah usang dah blog ini. ni nak bagi nyawa sikit.

amacam muka baru blog ini? al rasa lebih simple yet professionalism. aha. gediks. whatever.. korang pun boleh try. sign je kat blog korang, ada pop-up to try out new design look of your blog.

banyak jugak pilihan:

Sidebar view - al pilih yang ini :)

Time slide view

Flipcard view

jangan risau, ada lagi 4 pilihan. korang boleyh try sendiri ok. ke korang da try? hoho. just wanna share! ^^




baru nak berjinak-jinak semula dalam menconteng muka blog :p,
al

Wednesday, September 14, 2011

odour of KL

bussuuukk sangat! hahaha macam tu sekali eyh.. tak la kan. ni al nak share sket pengalaman al sket sebanyak duk kat kl ni. pejam celik dah nak dekat 4 bulan keje kat kl. memang betul la kata orang manade jalan kat kl ni tak jammed.. tak sah. kalau tak jammed tu cam pelik. haha. 

paling al tak tahan almost gi mana-mana bau asap rokok. selalu sangat kan dengar 'ingatlah orang yang tersayang'??? please lah, sangat berharap di sini, lau nak merokok sila tengok2 orang sebelah, ni main sembur je. yang hirup ni lagi bahaya dari korang yang menghisap tau. kalau betul2 sangat addicted sila hisap 5-6 batang terus. baru lah POWER.

even 5 minute, make a different. paling ketara sikit bab jam lah. bukan hanya jam di jalanraya. boleh jadi jam kat masa beli makanan and paling tak tahan jam dalam toilet. kat kl ni janganlah nak spend time lama sangat utk satu-satu hal. kena banyak kan masa emergency. seryes kata ni.. penah hari tuh, terkeluar lambat gi keje. dari 7.00 ke 7.05 minit. huh memang tak gerak. selalu kul 7.00 tu sampai kul 7.15. ni sampai kul 7.45. parking pulak jangan cite. dulu... hari-hari menabung kat tabung parking tuh. setiap jam 50 sen. dah kalau sampai ke petang ?? dah 4.50 sen dah hanya untuk parking. lau tak berbayar plak, boleh cecah RM10 sekali parking.. dalam hati; baik aku keje jage parking je lahhh hari-hari. haha

ok ni sebenarnya lebih kepada odour tempat keja lah kan.. hehe. nak ikut dari start hit floor officially hari tuh.. nak dekat 6-7 orang kawan dah nak berhenti... cnfirm dah 3 orang hantar notice seminggu. oh tolong hati, jadi lah kuat. at least sampai hari tamat contract. al pelik lah, nape ade jawatan up sket, orang selalunya jadi harimau taring. tak boleyh ke jadi orang tu.. cakap baik-baik.. suara da lah kuat menggila. siap muka2 sekali.. sincerely, to those who termakan cili, takkan ada orang yang respect kat orang2 cam korang ni.. caya lah. setunduk-tunduk dia mengiakan arahan korang, sebab dia takut je. selebihnya hanya banyak mengomel di dalam hati. huh

hari-hari.. biarlah berlalu pantas. tak terlarat lagi hati ni rasanya. oh Allah.. please beside me anywhere, anytime. wallahua'lam


memang BUSUK. TAHAN je lah ok :p


PLEASE, no war!
al

Friday, August 12, 2011

buffet RM19.90 untuk berbuka!

salam ramadhan buat semua. sape boleh kira dah bape hari al tak post di blog ni. sorry lah banyak kje. sejak dua menjak start keje ni.. banyak yang perlu diselaraskan semula. susunan kehidupan tak semudah yang diduga. kena menyewa, rakan-rakan yg baru, environment yg belum pernah lagi diterjah. sume ni sikit-sikit dah disusun. ^^

yeah, it's true, bonding makes us strong. rase dah bape kali hati ni goyah nak lalui saat-saat hidup yang bagai kete yang tengah race. but with the bond of officemate, kami dah sampai sini. dah sebulan lebih. next monday is the day. hari penentu. penah tak dengar keja, tapi ada banyak test? if we failed in the final. we COULD be terminated. please pray for me..

okey okey taknak lah tensi sangat kan.. i will do my best and tawakal to Allah. He knows better.

rabu lepas 10/8/11 kami sekelas iftar. di islandBBQsteamboat. di kampung melayu subang. steamboat dan grill. RM19.90 shj. murahkan? gaya macam makan kat korea. sume kita buat sendiri atas meja. udang, sotong gemuk, daging, ayam, boleyh grill. yang len steamboat lebih dari 20 jenis. utk vegetarian, lebih 5 sayuran. termasuk tu jugak ada ice cream! macam-macam lah. lawat blog mereka ye. http://islandbbqsteamboat.wordpress.com

thumbs up! yang paling al suka, tempat ni sediakan musolla. jadi takde lah terkocoh-kocoh nak solat maghrib kan. then after solat leh sambung makan lagi. nyum nyum. try it out! (:

Front entrance
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...