hari ni di tempat keja al tak sibuk lagi. masih lagi ada waktu senggang. jadi dari tak wat pape baik baca majalah kn.. ini dipetik dari antara majalah terlaris Stormreaders: GenQ. pernah dengar kan.. Q stand for Quran. Generasi Quran.
Antara tajuk yang al minat ialah '10 perkara yang merosakkan otak!' ni lah. pernah tak korang rase otak tu macam lambat sangat nak memikir. Mungkin disebabkan: (please take note :p)
1. Tidak mengambil sarapan pagi
Kalau nak tahu otak adalah organ yang paling banyak menggunakan tenaga iaitu 25% dari keperluan
tenaga. Bila tak sarapan, paras gula dalam darah akan jadi rendah dan kurang nutrisi ke otak. nanti
banyak sel-sel otak akan mati dan korang akan jadi pasif sepanjang hari tu.
2. Terlebih makan
Ha... terasa la tu :p Bila banyak makan, darah akan lebih banyak mengalir pada perut dan usus dan
kurang ke otak. tu sebab korang selalu rasa mengantuk, hilang fokus dan malas usai makan kn?
3. Merokok
Again, bukan hanya pada perokok, yang hidup asap rokok yang lebih bahaya. Asap-asap tu akan bunuh
banyak sel otak.
4. Mengambil gula berlebihan
Gula berlebihan boleh menganggu penenyerapan protien dan nutrisi dan boleh ganggu perkebangan otak.
5. Menghidu udara yang tercemar
Sama aplikasi dengan menghidu asap rokok juga.
6. Tidur yang berlebihan
Ayah selalu main-main bertanya: " Lepas makan apa??... kitorang jawab: Tidur!!!" hehe. namun tidur yang
berlebihan boleh melemahkan daya pemikiran seseorang.
7. Tidur dengan menutup muka
Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup buku atau lengan boleh menyebabkan
banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas.
8. Kurang berimaginasi
Berfikir merupakan cara terbaik untuk mengasah otak. kurang imaginasi menyebabkan kecerdasan otak
menurun.
9. Jarang berfikir
Sama juga, jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif.
10. Tidak membaca Al-Quran
Percaya tak dengan membaca quran setiap hari boleh menajamkan fikiran? ini lah salah satu keajaiban
al-quran. Dengan membaca kalimah-Nya, bukan sahaja mengaktifkan otak, ia juga dapat menenangkan
fikiran.
Sharpen ur brain!,
al
1 comment:
terbaek!huhu. rajen ngupdate skrg. bgus2!
Post a Comment