Saturday, January 8, 2011

hasad dengki

salam..

kita ni manusia, memang lumrah ada je tak puas hati kan.. kalau contoh dengan kawan-kawan, bila dah rapat sangat.. benda kecil pun leh buat kita terasa kan. apatah lagi bila bersaudara. air dicincang pun takkan putus. tapi sebagai manusia yang beragama dan bertamadun ni, jangan lah sampai menghukum seseorang itu hanya mengikut kata hati. memang belum terjadi kepada saya, tapi ramai sekarang yang saya dengar dan lihat realitinya yang menggunakan ilmu sihir. A hantar ke B, B balas hantar balik ke si A.. MasyaAllah.. siapalah kita? sanggup ye mereka melihat rakan atau saudara mereka sendiri sakit terlantar, ada yang sampau separuh gila.. Allah.. kita tidak pernah berlaku salah ke? even Rasulullah pun memaafkan umatnya. yang mereka tahu, bila mahu kahwin 4, pandai pulak ikut sunnah nabi..

Firman Allah s.w.t.: “Demi Allah, sesungguhnya orang-orang Yahudi itu telah meyakini bahawa barang siapa yang menukar (kitab Allah) dengan sihir itu, maka tidak akan mendapatkan bahagian (keuntungan) di akhirat” (Al Baqarah, 102).

"Hukuman bagi tukang sihir ialah dipenggal lehernya dengan pedang." (HR At-Tirmidzi, dan katanya: "Yang benar bahwa hadits ini mauquf.")
wallahua'lam. moga dijauhkan dari perkara mungkar..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...