bismillahirrahmanirrahim..
salam keamanan buat semua..
keamanan di Mesir semakin merudum. hanya kerana seorang presiden dan perancangannya, keadaan menjadi huru hara, harga minyak, makanan, keperluan asas semakin menggila. bayangkan air minum di airport di sana bernilai RM200++. memang tidak dapat masuk akal!
hasilnya, hampir seluruh penduduk Mesir memberontak agar Presiden Hosni Mubarak letak jawatan. dukanya, kesan berantai! Bank, sekolah dan pasaran saham ditutup buat hari kedua manakala ramai terpaksa berbaris di luar kedai roti untuk menambah bekalan. sejuta diminta sertai bantahan di tengah ibu kota Kaherah. malangnya, apabila akan kesemua polis mengawal demonstrasi, banduan ramai yang terlepas. ada antara mereka yang pecah masuk rumah.
bayangkan anda sendiri, bila rumahku syurgaku sudah diceroboh? rumah yang dianggap tempat yang paling selamat untuk berlindung telah hancur. Allah.. kuatkan hati mereka.. kuatkan azam mereka dari kekangan ini..
baru kelmarin ibu berjaya hubungi aiman:
ibu: assalamualaikum aiman.. macamana keadaan disana?
aiman: alhamdulillah setakat ni ktorang masih dalam pantauan
pihak sekolah. cuma kesemua aktiviti ditangguhkan,
semua pelajar digalakkan agar tidak keluar dari tempat
tinggal masing-masing. ibu jangan risau..
kami ni semua pahlawan.. hehe (gelak aiman menenangkan hati ibu)
like
Pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir atau baca artikel
ini atau ikuti kisah
di sini untuk mengetahui berita lanjutan mereka..
“Pergilah, wahai Mubarak, jika ada di hatimu sedikit rasa belas kasih, atau ada dalam kepalamu sedikit akal yang berfikir...Tidak ada lagi tempat untukmu, wahai Mubarak. Saya minta kamu untuk keluar mengangkat kaki. -Yusuf Al-Qardhawy.
*Buat aiman: Moga sentiasa dalam lindunganNya..
jangan berhenti solat hajat bersama pahlawan lain..
يا الله، احفظ أخي والأصدقاء في مصر