Thursday, February 10, 2011

nafas baru

baru atau baharu? 'baru' tu selalu rujuk kepada k.nama:
cthnya

#1: Saya baru sahaja pulang dari tempat kerja.
#2: Baru-baru ini saya dapati ramai remaja yang telalu
      asyik dengan kegiatan luar sehingga mereka terlupa
      tanggungjawab pada keluarga.

Manakala 'baharu' rujuk kepada k.adjektif atau kata lainnya
k.sifat. cthnya

#1: Hari ini ibu memakai baju baharu.
#2: Buku baharu ini dibeli di MPH semalam.

macam dah jadi guru bahasa plak saya. ni sekadar pengetahuan tambahan sewaktu belaja BM dulu. hehe betulkan kalau ada yang tersalah ^^


************

bismillahirrahmanirrahim.. mesti korang tertanya-tanya kan apa plak nafas baru ini. seperti yang korang semua tahu sahabat handai, sedara mara yang berada di Mesir rata-rata ramai yang dah pulang dengan selamatnya.. bagi mereka ni nafas baru.. bagai diberi kehidupan baharu yang jauh lebih aman.




apa yang merisaukan, apa langkah seterusnya?

si A kata: penuhi masa lapang dengan aktiviti kemasyarakatan
B pulak jawab: apa kata cari kerja dan kumpul duit untuk
                        sambung belajar di sana semula bila keadaan
                        semakin tenang.
C kata: kalau boleh nak transfer credit dan sambung blaja
            di Universiti tempatan yang tidak kurang hebat.
D menjawab: rehat dulu la, selepas seminggu  nanti barula
                     filirkan.

apa pula pendapat korang semua? bagi saya, ini semua terpulang pada keadaan dan situasi masing-masing. mungkin dia pelajar tahun akhir, dia mungkin memilih C, tapi kalau dia masih setahun jagung di sana, kemungkinan besar dia pilih A atau B. Manakala kalau tempat dia memang di tengah2 bandar Cairo yang diserang, mungkin dia memilih jalan D agar fikiran die berasa tenang dan aman seketika dan barulah dapat fikirkan solusi.

Wallahua'lam..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...