Showing posts with label short note. Show all posts
Showing posts with label short note. Show all posts

Friday, January 27, 2012

majalah Q&A



salam blogreaders!

ni majalah islami terbaru, selain solusi dan genQ, galeri ilmu sudah mengeluarkan produk terbarunya Q&A. ia bermaksud isinya berpandukan Quran & As-sunnah berbentuk Question & Answer.

sangat menarik, soalan-soalan harian dan sesuai pada masa kini yang kadangkala nampak remeh banyak dikupas. ayat nya sangat mudah diterima. antaranya; cium tangan isteri, ok ke?   bolehkah undi non-muslim?   apa jadi kalau jahil?   jin bangga 'box office'?

Bil. 1 sudah berada di pasaran bulan lepas. kini Bil. ke 2 sudah keluar. boleh dapatkan daripada saya dan langganlah bulanan.







terdidik jiwa, terdidik peribadi,
al

Thursday, June 2, 2011

Stormreaders: lebih 30 publisher/supplier

bismillahirrahmanirrahim..

dapatkan lebih dari 600 produk termasuk buku, majalah, novel, DVD, perfume dll di Stormreaders dari lebih 30 supplier/publisher terkemuka. Belian online juga boleh dibuat disini. http://www.stormreaders.net/alyaa

produk terkini::

hubungi saya sekarang di alyaaaidee@gmail.com;
al

Wednesday, June 1, 2011

Fiesta Pengantin Malaysia 2011

bismillahirrahmanirrahim.. untuk mereka yang bakal berkahwin atau ibubapa yang ingin mencari trend terkini barang hantaran, pelamin, pakej perkahwinan, saguhati dll untuk anak yang bakal berkahwin boleh lah ke fiesta pengantin malaysia 2011 ni ^^


book 8-10 Julai 2011 in ur diary now!,
al

Wednesday, May 11, 2011

Usahawan kecil: bak cendawan tumbuh selepas hujan!

bismillihirrahmanirrahim..

kat mana-mana mesti jumpe iklan kan? tak kesah printed out, or di alam maya. sekarang ramai antara kita dah mula berkira-kira perniagaan kecil-kecilan, maklumlah harga minyak, gula semua makin naik.. al pun tak kurang jugak, kat otak ni macam2 idea. tapi idea tanpa direalisasikan hanya kekal idea. dikit-dikit bertapak.

nota kecil sebelum memulakan perniagaan?

1) produk : kita mesti tengok dan riki produk apa yang paling demanded by people. teringat pakar motivasi berkata, mana lagi senang? dari menjual barang berharga RM1 sebanyak 10,000 unit atau RM10,000 dengan hanya 1 unit?

persaingan. memang sentiasa ada. mereka produk terbaru adalah lebih payah dari hanya menjual produk sedia ada.

2) modal: perniagaan memerlukan modal. tak kira modal wang ringgit, titik peluh atau air liur. air liur memang tak perlu bayar, semua orang memiliknya, tapi tak semua ada bakat menjual menggunakan hanya kata2, antaranya macam financial consultant insurans, pakar motivasi, mlm dan sebagainya.

jika wang ringgit yang jadi isu, kita perlu fikirkan kos permulaan produk, kos sewa premis, etc. Dengan teknologi makin pesat, isu kos sewa premis tidak lagi menjadi isu besar. ramai di antara mereka mengiklankan produk mereka di FB, blog juga website. atau pun hanya menjual di rumah..

3) pelanggan: kita mesti tahu siapa sasaran produk kita. setiap pelanggan lain-lain caranya. selidik sifat dan keinginan pelanggan kita.



* apa-apa pun yang kita niagakan mesti lah halal. wujudkan sifat tulus dan amanah. insyaAllah bukan sahaja perniagaan anda maju, malah berkekalan..


realisasikan idea anda sekarang!;
al


Photobucket





Thursday, February 10, 2011

nafas baru

baru atau baharu? 'baru' tu selalu rujuk kepada k.nama:
cthnya

#1: Saya baru sahaja pulang dari tempat kerja.
#2: Baru-baru ini saya dapati ramai remaja yang telalu
      asyik dengan kegiatan luar sehingga mereka terlupa
      tanggungjawab pada keluarga.

Manakala 'baharu' rujuk kepada k.adjektif atau kata lainnya
k.sifat. cthnya

#1: Hari ini ibu memakai baju baharu.
#2: Buku baharu ini dibeli di MPH semalam.

macam dah jadi guru bahasa plak saya. ni sekadar pengetahuan tambahan sewaktu belaja BM dulu. hehe betulkan kalau ada yang tersalah ^^


************

bismillahirrahmanirrahim.. mesti korang tertanya-tanya kan apa plak nafas baru ini. seperti yang korang semua tahu sahabat handai, sedara mara yang berada di Mesir rata-rata ramai yang dah pulang dengan selamatnya.. bagi mereka ni nafas baru.. bagai diberi kehidupan baharu yang jauh lebih aman.




apa yang merisaukan, apa langkah seterusnya?

si A kata: penuhi masa lapang dengan aktiviti kemasyarakatan
B pulak jawab: apa kata cari kerja dan kumpul duit untuk
                        sambung belajar di sana semula bila keadaan
                        semakin tenang.
C kata: kalau boleh nak transfer credit dan sambung blaja
            di Universiti tempatan yang tidak kurang hebat.
D menjawab: rehat dulu la, selepas seminggu  nanti barula
                     filirkan.

apa pula pendapat korang semua? bagi saya, ini semua terpulang pada keadaan dan situasi masing-masing. mungkin dia pelajar tahun akhir, dia mungkin memilih C, tapi kalau dia masih setahun jagung di sana, kemungkinan besar dia pilih A atau B. Manakala kalau tempat dia memang di tengah2 bandar Cairo yang diserang, mungkin dia memilih jalan D agar fikiran die berasa tenang dan aman seketika dan barulah dapat fikirkan solusi.

Wallahua'lam..

Wednesday, February 2, 2011

dapatkan perkembangan PELAN TINDAKAN EVAKUASI segera

mari doakan keselamatan ahli keluarga, sahabat-sahabat dan kesemua rakyat Malaysia di Mesir. dapat info lebih terperinci dengan kadar segera di http://jpmk.info/

Moga segalanya berjalan lancar.

Saturday, January 29, 2011

welcome new bloggers ^^

sedar tak sedar, ramai yang sudah berblog, tapi ada jugak yang masih lum lagi ceburi bidang ni tau.. jadi entri kali ni khas untuk new-bloggers-to-be!

mudah je.

1. lawati http://www.blogger.com/
2. daftar di situ. lebih mudah kalau anda menggunakan
    google account. hanya gunakan email gmail dan
    password yang sama dan ikut sahaja wizard.
    (jika anda masih lagi belum memiliki gmail, boleh juga,
     tapi mungkin agak berbelit proses nya. jadi dapat kan
    satu gmail segera!)
3. tahniah! anda sudah berjaya memiliki satu blog!
4. untuk menarik lebih minat, anda boleh mencari
    pelbagai blog template hanya search di google.
    atau pun trus klik di sini.
5. jika anda seorang yang suka kan icon, boleh juga
    klik sini untuk mengikut tutorial.
6. untuk perkhidmatan shoutbox boleh lawati web ini.

selamat mencuba dan salam pena! ^^

p/s: ain, dah ada blog nanti jangan lupa share ngn kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...