Showing posts with label ilmiah. Show all posts
Showing posts with label ilmiah. Show all posts

Friday, January 27, 2012

majalah Q&A



salam blogreaders!

ni majalah islami terbaru, selain solusi dan genQ, galeri ilmu sudah mengeluarkan produk terbarunya Q&A. ia bermaksud isinya berpandukan Quran & As-sunnah berbentuk Question & Answer.

sangat menarik, soalan-soalan harian dan sesuai pada masa kini yang kadangkala nampak remeh banyak dikupas. ayat nya sangat mudah diterima. antaranya; cium tangan isteri, ok ke?   bolehkah undi non-muslim?   apa jadi kalau jahil?   jin bangga 'box office'?

Bil. 1 sudah berada di pasaran bulan lepas. kini Bil. ke 2 sudah keluar. boleh dapatkan daripada saya dan langganlah bulanan.







terdidik jiwa, terdidik peribadi,
al

novel sekarang patut dihadkan pd 18XX shj!





"Dia menggamitku agar datang kepadanya..."

"... sebelah tangannya sudah memaut pinggang dan menarikku ke sofa..."

"malam itu ... dia..."


rasa wajar tak umur 18thn ke bawah dah baca buku macam-macam ni? baru-baru ni al pinjam novel milik sepupu, umur 14tahun, katanya beli novel ni di sekolah.. agaknya macamana pemikiran mereka? senang-senang je terdedah dengan perkara macam ni. bila baca sampai habes, timbul rasa risau. huh

kalau nak baca pun, galakkan mereka baca novel islami. pengisian sangat padat, cara penyampaian pun tidak hanya pada hal yang serius saja, ada gurau, romantis dan sebagainya! :)

sekadar hiasan


pelihara hati kita,
al

Friday, January 13, 2012

All About Ustaz Azhar Idrus






sape lagi tak tenguk vid ni memang rugi. alhamdulillah corak dakwah uai memang ternyata berkesan menarik ramai muda mudi kan? sangat santai kn? :)


minat fotografi



family uai



hasil karya uai: anak-anak ustaz



hasil karya uai: rasydan dan mukmin


Ustaz Azhar Idrus: Ngajar kitab at Allah TaalaStudied at MasjidFrom Kuala TerengganuBorn on February 12
hobby: photograpy   digitalmukmin.com



Allah.. sungguh hebat ciptaan Kau, 
Kau ciptakan seorang hamba yang hebat duniawi ukhrawi, 
moga kita sama-sama kutip manfaatnya
al



Wednesday, November 23, 2011

10 perkara yang merosakkan otak!

salam semua..

hari ni di tempat keja al tak sibuk lagi. masih lagi ada waktu senggang. jadi dari tak wat pape baik baca majalah  kn.. ini dipetik dari antara majalah terlaris Stormreaders: GenQ. pernah dengar kan.. Q stand for Quran. Generasi Quran.

Antara tajuk yang al minat ialah '10 perkara yang merosakkan otak!' ni lah. pernah tak korang rase otak tu macam lambat sangat nak memikir. Mungkin disebabkan: (please take note :p)

1. Tidak mengambil sarapan pagi
    Kalau nak tahu otak adalah organ yang paling banyak menggunakan tenaga iaitu 25% dari keperluan
    tenaga. Bila tak sarapan, paras gula dalam darah akan jadi rendah dan kurang nutrisi ke otak. nanti
    banyak sel-sel otak akan mati dan korang akan jadi pasif sepanjang hari tu.

2. Terlebih makan
    Ha... terasa la tu :p Bila banyak makan, darah akan lebih banyak mengalir pada perut dan usus dan
    kurang ke otak. tu sebab korang selalu rasa mengantuk, hilang fokus dan malas usai makan kn?

3. Merokok
    Again, bukan hanya pada perokok, yang hidup asap rokok yang lebih bahaya. Asap-asap tu akan bunuh
    banyak sel otak.

4. Mengambil gula berlebihan
    Gula berlebihan boleh menganggu penenyerapan protien dan nutrisi dan boleh ganggu perkebangan otak.

5. Menghidu udara yang tercemar
    Sama aplikasi dengan menghidu asap rokok juga.

6. Tidur yang berlebihan
    Ayah selalu main-main bertanya: " Lepas makan apa??... kitorang jawab: Tidur!!!" hehe. namun tidur yang
    berlebihan boleh melemahkan daya pemikiran seseorang.

7. Tidur dengan menutup muka
    Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup buku atau lengan boleh menyebabkan
    banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas.

8. Kurang berimaginasi
    Berfikir merupakan cara terbaik untuk mengasah otak. kurang imaginasi menyebabkan kecerdasan otak
    menurun.

9. Jarang berfikir
    Sama juga, jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif.

10. Tidak membaca Al-Quran
      Percaya tak dengan membaca quran setiap hari boleh menajamkan fikiran? ini lah salah satu keajaiban
     al-quran. Dengan membaca kalimah-Nya, bukan sahaja mengaktifkan otak, ia juga dapat menenangkan
     fikiran.





Sharpen ur brain!,
al

Tuesday, November 22, 2011

Kisah mereka: Wardina Safiyyah dan Sham Kamikaze


bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah malam ni banyak masa al layan internet.. dah lama rasenya tak review ilmiah things. malam ni banyak al melihat kisah-kisah mereka. mereka sgt kuat. mereka berubah dengan hidayahNya dan kefahaman mereka tentang maksud-maksud ayatNya. Ya Allah.. jangan Kau tarik balik hidayah kepadaku setelah yang kau tunjukkan padaku.. Rabbana La Tuzigh Kulubana Ba'da Izhadaitana Wa Hablana Min Ladunka Rahmah Innaka Antal Wahhab..












Jadikan semalam lebih baik dari hari ini,
al

Wednesday, May 4, 2011

Petrol Ron97 nak 20sen mulai tengah malam ini - Memang terbaiklah!

bismillhirrahmanirrahim..

memang tak pernahnya turun..  
"KUALA LUMPUR: Harga petrol RON97 naik 20 sen kepada RM2.90 seliter berkuat kuasa tengah malam ini, manakala RON95 kekal pada RM1.90. - Bernama" 

kalaulah gaji pun meningkat sekerap ini. huh.

wallahua'lam..

*rujukan dari http://www.prices-oil.org/tag/oil-barrel-price/

susah sangat ke ucap salam??

bismilahirrahmanirrahim..

salam semua.. assalamualaikum. yep, memang basic kan. nampak mudah. tapi tak ramai orang islam yang mahu ucap salam.. terutama perbualan di telefon. jawab-jawab je terus "hello", walhal ada plak yang sebut "anneyong.." lagi. maklumlah sekarang memang makin meriah style koreanish kn..;p

dan bukannya sekadar "a'kum=Avde Kokhavim U Mazzalot"". walaupun kita fikir hanya untuk memendekkan tulisan di sms, etc. ia adalah gelaran orang-orang yahudi untuk orang-orang yang bukan yahudi yang bermaksud binatang dalam bahasa Ibrani.

jom kita tengok sikit kelebihan memberi salam:

Sabda Nabi: "Orang2 yg mendahului salam terlepas daripada sifat sombong,bongkak dan tinggi diri"

Sabda Rasulullah saw: "Wahai manusia sampaikanlah salam, berikanlah makan dan solatlah diwaktu malam, diwaktu orang-orang lain sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga".

Sabda Rasulullah SAW.:"Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat kamar yang bermacam-macam, semuanya boleh dilihat dari luar isi dalamnya dan dari dalam boleh lihat diluar. Di dalam syurga itu terdapat kenikmatan yang belum pernah dilihat oleh mata, yang belum didengar oleh telinga dan tidak pernah dibayang oleh hati manusia."

Lalu bertanya pula sahabat: "Ya Rasulullah, untuk siapakah kamar-kamar itu?"

Sabda Rasulullah saw: "Ianya adalah bagi orang yang menyampaikan salam, bagi orang yg memberi makan, bagi orang yg selalu berpuasa, bagi orang yang mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur."

Bertanya para sahabat: "Siapakah yang kuat mengerjakan semua itu ya Rasulullah?

"Sabda Rasulullah saw.:"Akan aku terangkan kepada kamu semua:

1. Barang siapa bertemu dengan saudaranya (semua orang Islam) dan memberikan salam kepadanya, maka sesungguhnya dia telah menyiarkan salam.

2. Barang siapa yang memberi makan ahli keluarga/ anak isterinya hingga kenyang maka sesungguhnya ia telah memberi makan.

3. Barangsiapa berpuasa dalam bulan Ramadhan, kemudian dia puasa enam hari dalam bulan syawal (selain 1 Syawal, diharam puasa) bererti dia sudah sentiasa berpuasa sepanjang tahun.

4. Barangsiapa solat Isyak dan solat subuh berjemaah, maka sesungguhnya dia telah mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur.

Sabda Rasulullah saw:"Barang siapa yang berbicara sebelum memberi salam, maka janganlah kamu jawab."

Ibnu Abbas ra berkata: "sesungguhnya Iblis yang terkutuk itu menangis, sewaktu seseorang mukmin itu bersalam dan dia mengeluh: "Aduh celaka, kedua mukmin itu tidak berpisah keduanya melainkan diampuni dosanya".





sekian, dari anda mengucap love you!, miss you!, bye!. baik saja awk menDOAkan insan tersayang anda dengan ucapan salam. "Moga sejahtera ke atas kamu.."






wallahua'lam.


-hanya ambil yang baik sahaja-

INSURANS vs TAKAFUL

bismillahirrahmanirrahim..

ramai yang tak tahu lagi kan? atau ramai lagi masih keliru.. antara takaful dan insurans ada BEZAnya. keep attention on short belows differences ok ^^


KONVENSIONAL
TAKAFUL
Kontrak Mu’awadah (pertukaran jual beli) antara penanggung insurans dengan pihak yang diinsurankan
Kontrak Tabbaru’ (derma & sumbangan) yang disertakan dengan pelaburan
Pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insuran
Peserta membuat caruman ke dalam skim. Peserta saling menjamin sesame sendiri di bawah skim
Penanggung insuran bertanggungjawab membayar manfaat insuran seperti dijanjikan daripada asetnya (kumpulan wang insuran dan kumpulan wang pemegang saham)
Pengendali takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar takaful daripada kumpulan wang takaful

Sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang takaful, pengendali takaful akan menyediakan (Qardhul Hasan) pinjaman tanpa faedah untuk menampung kekurangan berkenaan
Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa sebarang kekangan syariah
Aset kumpulan wang takaful hanya boleh dilaburkan dalam pelaburan yang selari dengan syariah
Wang pelanggan dianggap wang syarikat insuran dan dimiliki olehnya sejurus dibayar oleh pelanggan
Wang pencarum tidak di kira sebagai wang syarikat, malah ia diasingkan dan tidak dimiliki oleh pengendali
Keuntungan yang dihasilkan dari kumpulan wang pencarum adalah dimiliki sepenuhnya oleh syarikat. Ia juga adalah objektif utama syarikat insuran
Keuntungan hasil pelaburan dari kumpulan wang pencarum tidak dimiliki oleh syarikat kecuali nisbah yang disumbang dari wang syarikat sendiri. Baki keuntungan adalah milik tabung kumpulan wang pencarum
PPencarum tidak berhak untuk mendapat sebarang bahagian dari ‘surplus’
Lebihan, untung atau pulangan dipegang oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada pencarum


wallahua'lam..

credit to:
Mohd Hudzaifah Hj Alip
Financial Consultant,
Prudential BSN Takaful.




*rujukan: http://zaharuddin.net

Thursday, March 24, 2011

budak tudung labuh kurang marketable ke??

bismillahirrahmanirrahim..

betul ke budak tudung labuh kurang marketable? entahlah, saya perasan je kot, saya pun bukanlah baik or labuh sangat tudungnya.. ntah-ntah memang saya tak perform during interview.. huhu. perlu ke kita hipokrit sesekali hanya untuk dapatkan sesuatu pekerjaan?? huh. tepuk dada, tanyalah iman..

penah saya dengar2 dulu la kan, tak sah kalau muka ni tak touch sket. kurang2 pun pakai la bedak asas, eyeliner, lip gloss. kalau tak, interviewer panggil selekeh. oh, kalau begitu sangatlah jelas bias nya ^_~

antara soalan kesukaan interviewer? (ni pengalaman sendiri punya tau)

1. please brief about yourself? (soalan ni confirm keluar. be prepare. first impression is soOoo important. cite la sedikit sebanyak belajar di mana, dalam bidang apa, tinggal di mana, adik beradik, dan personaliti terhadap kerja)

2. what is your strength and weakness? (kalau soalan camni keluar, korang kene prepare jawapan yang positif je. strength semestinya lah positif kan, jadi korang kena berhati-hati kat weakness je lah. pastikan kekurangan korang tuh boleh jadi positif. contohnya korang ni seorang perfectionist. semestinya lah kerja yang korang lakukan sangat lambat kan, tapi korang boleh kata kerja tu teliti, tiada silap dan siap tepat pada waktunya. ..)

3. what is your expectation about this job? (korang cakaplah yang penting dapat pengalaman. kalau berkaitan dengan apa yang korang belajar kat U tu, cite lah yang korang ingin aplikasi kan teori-teori yang korang dah penah blaja dulu..)

4. people always says that this job is difficult and stressful. Then how you manage your stress? (ha kalau soalan yang camni plak keluar camni? time ni saya terkebil jugak nak jawab.. tapi korang boleh jawab.. manade kerja yang senang.. awal-awal lagilah freshy, memang la agak payah nak mengayuh, insyaAllah nanti makin cekap.. cara nak atasi stress; paling senang jangan keluar langsung perkataan 'stress' dari mulut korang. kedua; pasang niat 'I can handle this job! I can handle this job!', be positif ok ^^)

5. please tell me about current issues? (contoh kalau korang blaja dalam bidang ekonomi, kena kaitkan lah isu semasa tu dengan ekonomi. lagi terperinci lagi bagus!)

dan pelbagai soalan lain, depends on company.. jangan lupa bawa resume, salinan IC, salinan sijil SPM, dan salinan sijil kelulusan akademik! All the best!!


wallahu'alam~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...