salam semua.. assalamualaikum. yep, memang basic kan. nampak mudah. tapi tak ramai orang islam yang mahu ucap salam.. terutama perbualan di telefon. jawab-jawab je terus "hello", walhal ada plak yang sebut "anneyong.." lagi. maklumlah sekarang memang makin meriah style koreanish kn..;p
dan bukannya sekadar "a'kum=Avde Kokhavim U Mazzalot"". walaupun kita fikir hanya untuk memendekkan tulisan di sms, etc. ia adalah gelaran orang-orang yahudi untuk orang-orang yang bukan yahudi yang bermaksud binatang dalam bahasa Ibrani.
jom kita tengok sikit kelebihan memberi salam:
Sabda Nabi: "Orang2 yg mendahului salam terlepas daripada sifat sombong,bongkak dan tinggi diri"
Sabda Rasulullah saw: "Wahai manusia sampaikanlah salam, berikanlah makan dan solatlah diwaktu malam, diwaktu orang-orang lain sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga".
Sabda Rasulullah SAW.:"Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat kamar yang bermacam-macam, semuanya boleh dilihat dari luar isi dalamnya dan dari dalam boleh lihat diluar. Di dalam syurga itu terdapat kenikmatan yang belum pernah dilihat oleh mata, yang belum didengar oleh telinga dan tidak pernah dibayang oleh hati manusia."
Lalu bertanya pula sahabat: "Ya Rasulullah, untuk siapakah kamar-kamar itu?"
Sabda Rasulullah saw: "Ianya adalah bagi orang yang menyampaikan salam, bagi orang yg memberi makan, bagi orang yg selalu berpuasa, bagi orang yang mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur."
Bertanya para sahabat: "Siapakah yang kuat mengerjakan semua itu ya Rasulullah?
"Sabda Rasulullah saw.:"Akan aku terangkan kepada kamu semua:
1. Barang siapa bertemu dengan saudaranya (semua orang Islam) dan memberikan salam kepadanya, maka sesungguhnya dia telah menyiarkan salam.
2. Barang siapa yang memberi makan ahli keluarga/ anak isterinya hingga kenyang maka sesungguhnya ia telah memberi makan.
3. Barangsiapa berpuasa dalam bulan Ramadhan, kemudian dia puasa enam hari dalam bulan syawal (selain 1 Syawal, diharam puasa) bererti dia sudah sentiasa berpuasa sepanjang tahun.
4. Barangsiapa solat Isyak dan solat subuh berjemaah, maka sesungguhnya dia telah mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur.
Sabda Rasulullah saw:"Barang siapa yang berbicara sebelum memberi salam, maka janganlah kamu jawab."
Ibnu Abbas ra berkata: "sesungguhnya Iblis yang terkutuk itu menangis, sewaktu seseorang mukmin itu bersalam dan dia mengeluh: "Aduh celaka, kedua mukmin itu tidak berpisah keduanya melainkan diampuni dosanya".
sekian, dari anda mengucap love you!, miss you!, bye!. baik saja awk menDOAkan insan tersayang anda dengan ucapan salam. "Moga sejahtera ke atas kamu.."
wallahua'lam.
-hanya ambil yang baik sahaja-
No comments:
Post a Comment