salam keamanan buat semua..
keamanan di Mesir semakin merudum. hanya kerana seorang presiden dan perancangannya, keadaan menjadi huru hara, harga minyak, makanan, keperluan asas semakin menggila. bayangkan air minum di airport di sana bernilai RM200++. memang tidak dapat masuk akal!
hasilnya, hampir seluruh penduduk Mesir memberontak agar Presiden Hosni Mubarak letak jawatan. dukanya, kesan berantai! Bank, sekolah dan pasaran saham ditutup buat hari kedua manakala ramai terpaksa berbaris di luar kedai roti untuk menambah bekalan. sejuta diminta sertai bantahan di tengah ibu kota Kaherah. malangnya, apabila akan kesemua polis mengawal demonstrasi, banduan ramai yang terlepas. ada antara mereka yang pecah masuk rumah.
bayangkan anda sendiri, bila rumahku syurgaku sudah diceroboh? rumah yang dianggap tempat yang paling selamat untuk berlindung telah hancur. Allah.. kuatkan hati mereka.. kuatkan azam mereka dari kekangan ini..
baru kelmarin ibu berjaya hubungi aiman:
ibu: assalamualaikum aiman.. macamana keadaan disana?
aiman: alhamdulillah setakat ni ktorang masih dalam pantauan
pihak sekolah. cuma kesemua aktiviti ditangguhkan,
semua pelajar digalakkan agar tidak keluar dari tempat
tinggal masing-masing. ibu jangan risau..
kami ni semua pahlawan.. hehe (gelak aiman menenangkan hati ibu)
like Pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir atau baca artikel ini atau ikuti kisah di sini untuk mengetahui berita lanjutan mereka..
..
2 comments:
huuu betull. diorg semua pahlawan terbilang insyaAllah. semoga aiman selamat. semoga Islam gemilang kembali :D
time kasih cikida ;) aminn.. kita sama2 doa semua ikhwanul muslimin kt selamat..
Post a Comment