Monday, March 26, 2012

With You, Ya Rahman.. Ya Raheem..






Oh Allah, it is very soon.
Please bless him&me

Friday, January 27, 2012

majalah Q&A



salam blogreaders!

ni majalah islami terbaru, selain solusi dan genQ, galeri ilmu sudah mengeluarkan produk terbarunya Q&A. ia bermaksud isinya berpandukan Quran & As-sunnah berbentuk Question & Answer.

sangat menarik, soalan-soalan harian dan sesuai pada masa kini yang kadangkala nampak remeh banyak dikupas. ayat nya sangat mudah diterima. antaranya; cium tangan isteri, ok ke?   bolehkah undi non-muslim?   apa jadi kalau jahil?   jin bangga 'box office'?

Bil. 1 sudah berada di pasaran bulan lepas. kini Bil. ke 2 sudah keluar. boleh dapatkan daripada saya dan langganlah bulanan.







terdidik jiwa, terdidik peribadi,
al

novel sekarang patut dihadkan pd 18XX shj!





"Dia menggamitku agar datang kepadanya..."

"... sebelah tangannya sudah memaut pinggang dan menarikku ke sofa..."

"malam itu ... dia..."


rasa wajar tak umur 18thn ke bawah dah baca buku macam-macam ni? baru-baru ni al pinjam novel milik sepupu, umur 14tahun, katanya beli novel ni di sekolah.. agaknya macamana pemikiran mereka? senang-senang je terdedah dengan perkara macam ni. bila baca sampai habes, timbul rasa risau. huh

kalau nak baca pun, galakkan mereka baca novel islami. pengisian sangat padat, cara penyampaian pun tidak hanya pada hal yang serius saja, ada gurau, romantis dan sebagainya! :)

sekadar hiasan


pelihara hati kita,
al

Tuesday, January 24, 2012

portfolio

salam semua! :)

alhamdulillah al dah buat blog lain khas untuk fotografi..

http://www.lukisancahayaal.blogspot.com

jemput la melawat, baru sedikit, tapi harap nya bole la berkongsi sedikit :)





terima kasih semua atas sokongan anda,
al

Friday, January 13, 2012

All About Ustaz Azhar Idrus






sape lagi tak tenguk vid ni memang rugi. alhamdulillah corak dakwah uai memang ternyata berkesan menarik ramai muda mudi kan? sangat santai kn? :)


minat fotografi



family uai



hasil karya uai: anak-anak ustaz



hasil karya uai: rasydan dan mukmin


Ustaz Azhar Idrus: Ngajar kitab at Allah TaalaStudied at MasjidFrom Kuala TerengganuBorn on February 12
hobby: photograpy   digitalmukmin.com



Allah.. sungguh hebat ciptaan Kau, 
Kau ciptakan seorang hamba yang hebat duniawi ukhrawi, 
moga kita sama-sama kutip manfaatnya
al



Monday, November 28, 2011

Story album: Anas & Sakinah

Bismillahirrahmanirrahim..

Kerana tuntutan kerja, sticky album yang first time dilakar ni lambat siap. Maaf sangat-sangat buat pasangan pengantin yang berada jauh di luar negara. Maaf juga hasil yang tak seberapa ini. InsyaAllah ni langkah pertama untuk al usaha lebih di masa akn datang. To both of you, infinite thanks buat korang berdua sudi jemput al untuk merakam hari bahgia. :D

tak lupa jugak million thanks to GENG LUKISAN CAYAHA yang bertungkus lumus menjayakan projek ni. Korang pulak yang terpaksa ganti sebab hari tuh tak dapat mc. Korang memang the best lah! ^^







                                          








Berminat untuk merakam hari bahgia juga? Boleh lah terus PM saya ye,
al




Wednesday, November 23, 2011

10 perkara yang merosakkan otak!

salam semua..

hari ni di tempat keja al tak sibuk lagi. masih lagi ada waktu senggang. jadi dari tak wat pape baik baca majalah  kn.. ini dipetik dari antara majalah terlaris Stormreaders: GenQ. pernah dengar kan.. Q stand for Quran. Generasi Quran.

Antara tajuk yang al minat ialah '10 perkara yang merosakkan otak!' ni lah. pernah tak korang rase otak tu macam lambat sangat nak memikir. Mungkin disebabkan: (please take note :p)

1. Tidak mengambil sarapan pagi
    Kalau nak tahu otak adalah organ yang paling banyak menggunakan tenaga iaitu 25% dari keperluan
    tenaga. Bila tak sarapan, paras gula dalam darah akan jadi rendah dan kurang nutrisi ke otak. nanti
    banyak sel-sel otak akan mati dan korang akan jadi pasif sepanjang hari tu.

2. Terlebih makan
    Ha... terasa la tu :p Bila banyak makan, darah akan lebih banyak mengalir pada perut dan usus dan
    kurang ke otak. tu sebab korang selalu rasa mengantuk, hilang fokus dan malas usai makan kn?

3. Merokok
    Again, bukan hanya pada perokok, yang hidup asap rokok yang lebih bahaya. Asap-asap tu akan bunuh
    banyak sel otak.

4. Mengambil gula berlebihan
    Gula berlebihan boleh menganggu penenyerapan protien dan nutrisi dan boleh ganggu perkebangan otak.

5. Menghidu udara yang tercemar
    Sama aplikasi dengan menghidu asap rokok juga.

6. Tidur yang berlebihan
    Ayah selalu main-main bertanya: " Lepas makan apa??... kitorang jawab: Tidur!!!" hehe. namun tidur yang
    berlebihan boleh melemahkan daya pemikiran seseorang.

7. Tidur dengan menutup muka
    Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup buku atau lengan boleh menyebabkan
    banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas.

8. Kurang berimaginasi
    Berfikir merupakan cara terbaik untuk mengasah otak. kurang imaginasi menyebabkan kecerdasan otak
    menurun.

9. Jarang berfikir
    Sama juga, jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif.

10. Tidak membaca Al-Quran
      Percaya tak dengan membaca quran setiap hari boleh menajamkan fikiran? ini lah salah satu keajaiban
     al-quran. Dengan membaca kalimah-Nya, bukan sahaja mengaktifkan otak, ia juga dapat menenangkan
     fikiran.





Sharpen ur brain!,
al
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...