Wednesday, March 30, 2011

subhanallah!

Subhanallah! Alhamdulillah.

Maha Suci Engkau.

Akhirnya dia bersuara ^^


Thursday, March 24, 2011

budak tudung labuh kurang marketable ke??

bismillahirrahmanirrahim..

betul ke budak tudung labuh kurang marketable? entahlah, saya perasan je kot, saya pun bukanlah baik or labuh sangat tudungnya.. ntah-ntah memang saya tak perform during interview.. huhu. perlu ke kita hipokrit sesekali hanya untuk dapatkan sesuatu pekerjaan?? huh. tepuk dada, tanyalah iman..

penah saya dengar2 dulu la kan, tak sah kalau muka ni tak touch sket. kurang2 pun pakai la bedak asas, eyeliner, lip gloss. kalau tak, interviewer panggil selekeh. oh, kalau begitu sangatlah jelas bias nya ^_~

antara soalan kesukaan interviewer? (ni pengalaman sendiri punya tau)

1. please brief about yourself? (soalan ni confirm keluar. be prepare. first impression is soOoo important. cite la sedikit sebanyak belajar di mana, dalam bidang apa, tinggal di mana, adik beradik, dan personaliti terhadap kerja)

2. what is your strength and weakness? (kalau soalan camni keluar, korang kene prepare jawapan yang positif je. strength semestinya lah positif kan, jadi korang kena berhati-hati kat weakness je lah. pastikan kekurangan korang tuh boleh jadi positif. contohnya korang ni seorang perfectionist. semestinya lah kerja yang korang lakukan sangat lambat kan, tapi korang boleh kata kerja tu teliti, tiada silap dan siap tepat pada waktunya. ..)

3. what is your expectation about this job? (korang cakaplah yang penting dapat pengalaman. kalau berkaitan dengan apa yang korang belajar kat U tu, cite lah yang korang ingin aplikasi kan teori-teori yang korang dah penah blaja dulu..)

4. people always says that this job is difficult and stressful. Then how you manage your stress? (ha kalau soalan yang camni plak keluar camni? time ni saya terkebil jugak nak jawab.. tapi korang boleh jawab.. manade kerja yang senang.. awal-awal lagilah freshy, memang la agak payah nak mengayuh, insyaAllah nanti makin cekap.. cara nak atasi stress; paling senang jangan keluar langsung perkataan 'stress' dari mulut korang. kedua; pasang niat 'I can handle this job! I can handle this job!', be positif ok ^^)

5. please tell me about current issues? (contoh kalau korang blaja dalam bidang ekonomi, kena kaitkan lah isu semasa tu dengan ekonomi. lagi terperinci lagi bagus!)

dan pelbagai soalan lain, depends on company.. jangan lupa bawa resume, salinan IC, salinan sijil SPM, dan salinan sijil kelulusan akademik! All the best!!


wallahu'alam~

Saturday, March 19, 2011

memoir 'Sapodilla Tree' @ Nottingham University

bismillahirrahmanirrahim..

semalam 19032011 my best buddy together pegi campus charity carnival at Nottingham University. mane dapat tahu? ehe of course la one my fren ex-student. :p ni 1st time saya sampai uni ni, kat semenyih. bangunan sume memang style contemporary gitu. 

luas.. senang kata tempat nya leh dibahagikan lima kawasan.. 1) admin building 2) education area 3) hostel 4) sport arena 5) islamic centre which Nottingham's surau. luas bape hektar tu tak sempat lak kitorang nak ninjau. maklumlah datang saja2, dah sampai baru kawan kata ada charity program.. semalam juga ada 'open day' bagi dorang. so ramai gakla parents datang untuk daftarkan anak mereka dan mereka dibawa de Tour by their representative. lawatlah laman sesawang Nottingham University (it would be a bit difficult to open it, maybe the website under construction right now, i dunno..)  mana tau korang nak further study kat sana kan.. who knows ^^ 

Nway, lets enjoy our moment!

















ok, jangan lepaskan peluang melawat Nottingham University. For those who want diversity environment and lots of culture and religion exposure, Nottingham University is one of answer! ^^ ni bukan calang-calang uni tau. junior2 kawan saya semua petronas scholars. wallahu'alam~

.
.
.


till then. sayonara! love u ameerah & syeda! sahabat dunia akhirat insyaAllah (=

Friday, March 18, 2011

sepagi MHI di UIA, gombak!

bismillahirrahmanirrahim..

pagi tadi MHI ke UIA.. siapa yang minat MHI mesti tengok kan.. saja je nak berkongsi jugak di sini, rindu UIA la. ehe :p




macam-macam aktiviti kan? UIA reaching mission 'towards research university'. saya dengar dari junior2 saya, almost all subjects kena buat research. even EAP (english for academic purpose) dah tukar ke EAW (english for academic writing). macam2 lagi la.(sabo ye adik-adik) :p

ok sambung balik cite sepagi MHI di UIA eyk, keluarlah pelbagai produk inovasi terbaru yang direka oleh pelajar UIA ni. biasalah kalau project, selalunya didominasi oleh engine dept, architecture dept and biotech. kalau dept lain banyak menghasilkan buku-buku ilmiah je la. antara produknya tikar yang boleh jadi tempat duduk yang selesa, katil dan meja belajar 2-in-1 (tapi bukan macam biasa kita tengok kat kedai tu.. ni lain sikit.. ni meja belaja atas katil. bila dah habis belajar, tekan 1 punat, katil pulak yang akat terangkat.. haha ayat tak saintifik langsung! korang dapat bayangkan tak? hehe), makanan tambahan misai kucing dan... (alamak tak ingat la.. siapa yang tengok bgtau eyk) yang bukan sahaja boleh mengurangkan masalah sendi, gout, kencing tidak lawas, dan banyak lagi lah lau tulis kat sini memang tak muat.. malah membersihkan buah pinggang dan hati kita, dan pelbagai produk lain lah.

selain itu jugak, banyak jugak persembahan kebudayaan.. korang pun tau kan, lebih kurang 99buah negara terdapat di UIA, so boleh bayangkan tak pelbagai jenis budaya kat situ. jangan cakapla, melambak! orang thailand dengan tarian thailandnya, orang sudan dengan tarian mereka, tarian palestin.. orang malaysia dengan kawad senyap, caklempong, gamilan, pantun, etc ^^

apa-apapun yang paling menarik, kesemua pengacara bertudung..(macam yang gambar di atas tu.. hehe credit to penulis blog ni berkongsi gambar live) alhamdulillah.. suka nya suasana bi'ahsolehah ni :) moga mereka berterusan menutup aurat dan menjadi sumber inspirasi pada yang lain.

wallahu'alam~

Thursday, March 17, 2011

tiap hari sayang..^^



bismillahirrahmanirrahim..

tiap hari sayang.. ^^ macam iklan fair and lovely plak eyh.. :p tula, infinite thanks to semua follower saya.. walaupun baru 24 orang, bukan macam korang dah beratus-ratus, sampai yang ada beribu. envy sama kamu la! terima kasih semua sudi baca coret moret saya..

Sunday, March 13, 2011

Tsunami hits Japan



Allah.. sekali lagi.. memang tak terduga Tsunami berlaku di Jepun. betul la firman Allah: Kun Fayakun kita tiada kuasa menghalangnya. Dengan skala hektar mencecah 8.9, ombak setinggi 10meter. Innalillahiwainnailaihiraji'un..

Maklum ye ucapan Innalillahiwainnailaihiraji'un bukan hanya untuk kematian.. Malapetaka, tragedi, even kita terjatuh tangga pun boleh diungkapkan Innalillahiwainnailaihiraji'un.

Allah.. selamatkan mereka. Moga ada hikmah dan rezki dari berlakunya tragedi ini.

lawati http://www.boston.com/bigpicture/2011/03/japan_earthquake_aftermath.html untuk lihat gambar sebenar kejadian.

rezki kadangnya datang tanpa diduga

bismillahirrahmanirrahim..

salam cuti sekolah buat semua. sibuk la mak-mak, ayah-ayah korang rancang percutian buat yang cuti sekolah kan? gi mana minggu ni? oversea ey.. wah.. budget tinggi tu.. takpe rezki masing ^^ asalkan dapat luangkan masa ngan family kn. oyeah!

lagi satu bila cuti sekolah, orang kata pesta kahwin! hehe yela berapa banyak korang pergi kenduri kahwin cuti ni? hahaha.. banyak betul kn.. sampaikan ada kawan saya kawannya kahwin di klang tapi dia di johor.. terlalu jauh la plak.. bila orang dah jemput, wajib tau datang.. kalau tak dapat datang, excuse tuan rumah tu awal-awal :p ni rezki pengantin dan tuan rumah.. nape plak saya kata camtu? setiap tetamu yang bertandang ke rumah kita na bawa rezki masing2.. tapi ada juga majlis yang tak ramai orang datang.. moga dijauhkan, kena analisa diri balik tu. wallahua'lam..

cam saya cuti sekolah ni tak ke mana. tapi yang best dan paling bahgia bila satu family dapat berjumpa! walaupun family kecik je, tak ramai cam keluarga korang yang sampai 9-12 orang adik beradik, tetap jugak susah nak berkumpul. masing-masing belajar jauh.. cuti ni la dapat kumpul. lepak kat rumah pun best jugak apa, haha! boleh masak sama-sama then makan besar! :D dari kekecohan Mesir tu la, Allah datangkan rezki adik saya dapat balik. Alhamdulillah pergi balik free. di tanggung oleh pihak kerajaan. Alhamdulillah..

macamana kita nak bahagikan masa yang terhad ni cuti sekolah ni:
1. rancang awal. "If failed to plan, you are plan to failed" kan? rancang ni termasuklah nak ke mana, bila, bajet, sebagainya. ha yang paling penting semua kena bersetuju lah! jangan ada plak yang muncung je sampai ke akhir percutian sebab melawat tempat yang tak disukai hati. mestila tak best.

2. buat tempahan. eh.. nak balik kampung pun kena inform awal nek tok awal tau.. tapi jangan sampai tak balik.. lagi-lagi yang kampungnya jauh. ni tanggungjawab kita sebagai anak. menjaga mak ayah kita.. kalau nak ke oversea sampai naik flight lagilah kena book awal. tak kisahlah MAS ke, Air Asia ke, FireFly ke.. ikut bajet korangla. kalau book awal, mana tau dapat tiket murah? hehe. mane tau rezki.. :p

3. bercuti!! ha masa ni la banyak dugaan.. banyak souvenir lah, kalau yang bercuti tepi pantai, ngan banana boat, abseiling, macam2. semua tu duit. jadi check balik bajet anda!

ok la, apa apa pun, korang kena bersyukur ada rezki nak bercuti. ramai lagi sahabat-sahabat di luar sana yang tak mampu pergi bercuti. time cuti ni la dorang cari part time job untuk membantu keluarga.. wallahua'lam~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...